KUANTAN: Barisan Nasional (BN) sedang mendahului jumlah kemenangan kerusi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang apabila memperoleh 10 kerusi setakat jam 1.15 pagi.
Setakat ini, kerusi dimenangi ialah di Kerdau yang diwakili Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Padang Tengku (Dato’ Mustapa Long), Benta (Dato’ Sri Mohd Soffi Abd Razak), Jenderak (Dato’ Rodzuan Zaaba), Inderapura (Dato’ Sri Shafik Fauzan Sharif) dan Batu Talam (Dato’ Abd Aziz Mat Kiram).
Selain itu, Kemayan (Khaizulnizam Mohamad Zuldin), Dong (Fadzli Mohamad Kamal), Muadzam Shah (Ir Razali Kassim) dan Guai (Dato’ Sabariah Saidin).
Perikatan Nasional (PN) membuat kejutan apabila merampas kerusi DUN Bukit Ibam daripada penyandang, Datin Samsiah Arshad yang mewakili BN.
Secara keseluruhannya selain BN, PN memperoleh lima kerusi, Pakatan Harapan (PH) empat, manakala Pejuang kosong. – HELMY ABD RAHMAN