KUANTAN: Barisan Nasional (BN) Pahang, Perak dan Melaka yang diberi amanah membantu Zon Utara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sedia menjalankan amanah yang diberikan.
Menerusi hantaran Facebook Ketua Penerangan UMNO Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, memberitahu bahawa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail selaku Pengerusi BN Pahang diberi amanah membantu zon itu.
“Semoga semuanya dalam Inayah Allah, amiiin,” katanya menerusi hantaran Facebook sempena pelancaran Zon Utara yang disempurnakan oleh Pengerusi BN, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Kompleks Sri Pekembar, Pagoh, pada 6 Februari.
Syed Ibrahim berkata, ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid menyetakan bahawa jentera BN nekad untuk menobatkan suara rakyat di PRN Johor untuk berlumba melaksanakan kebaikan.
“Beliau (Ahmad Zahid) menyatakan kita perlu kerjasama yang erat tanpa mengulang sebarang kesilapan yang boleh menyebabkan suara rakyat gagal dibela,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN