BN Pahang yakin tambah kerusi pada PRU15

BN Pahang yakin tambah kerusi pada PRU15

KUANTAN: YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail percaya kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang yang dimenangi pembangkang akan menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi BN Pahang berkata, keyakinan itu berdasarkan persediaan rapi yang sudah diatur termasuk untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi gabungan berkenaan pada PRU14.

“Pada PRU-15, azam BN Pahang ialah untuk merampas kembali kerusi yang dimenangi pembangkang,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian ketika ditemui selepas selepas Majlis Sambutan Hari Warga Emas dan Jubli Emas Persatuan Pesara Kerajaan Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini hari ini.

Mengulas khabar angin Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal bertanding di Pahang, beliau berkata tidak tahu mengenai perkara itu.

“Saya tak tahu. Yang pasti kita (BN) sudah bersedia menghadapi pilihan raya,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN