BN tak pernah cakap pedooh dengan rakyat

BN tak pernah cakap pedooh dengan rakyat

KUANTAN: Tidak sukar memilih kerajaan negeri dan pusat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini seandainya pengundi bijak membuat penilaian terhadap ‘track record’ (rekod prestasi) semua parti bertanding.

Apatah lagi boleh dikatakan semua pihak sudah merasa menjadi kerajaan sekali gus membolehkan rakyat membezakan pencapaian masing-masing dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini. 

YAB Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata bagi negeri ini, BN sudah membuktikan mampu membawa kestabilan selain mempunyai ‘track record’ cemerlang.

“Sebab itu bila wartawan tanya saya apakah kempen dibawa BN Pahang, saya kata kempen yang dibawa BN Pahang ialah supaya rakyat melihat apa yang telah kami buat.

“Untuk ke hadapan, kita nak tambah baik lagi. Apa yang kurang baik kita nak tambah. Berbanding parti lain dia baru nak menjanjikan harapan dan ada yang hanya cakap ‘pedooh’ (menipu) sahaja.

“Kita di Pahang ni tiada janji lihat bukti. Penjawat awam tak pernah menjangka dapat sebulan setengah (bonus). Kumpulan sana, dia buat cerita pedooh. Dia buat cerita kita pun tak boleh nak terima.

“Kita berlandaskan realiti. Kalau boleh kita kata boleh, kalau tak boleh kita kata tak dan kita tak pernah berbohong dengan rakyat,” katanya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Panching di sini, hari ini. – HELMY ABD RAHMAN