RTP online
Oleh Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
Pic Mohd Imran Izzad
KUANTAN: Setiap lima tahun sekali diadakan pertandingan bola sepak persahabatan di antara pasukan Kampung Razali dengan Taman Sri Belat, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura, di sini.
Pengerusi penganjur, Shahizan Saari berkata, pertandingan diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan terutama di kalangan remaja yang aktif dalam sukan nombor satu negara itu.
Katanya, semangat kesukanan yang dicetuskan melalui sukan juga memberi kesan yang mendalam untuk membentuk persahabatan seterusnya dapat kekal sampai bila-bila.

di padang tiruan Batu Tiga, Kuantan.
Menurutnya, bukan keputusan yang diburu tetapi lebih kepada semangat kesukanan sambil beriadah, tanpa rasa tekanan aksi permainan dapat dipamerkan dengan lebih bermutu.
“Setiap lima tahun sekali perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Kampung Razali dengan Taman Sri Belat diadakan, sambutan yang diterima di kalangan remaja amat menggalakan.
“Selaku penganjur saya berpuas hati dan berbangga dapat mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan yang diadakan hanya lima tahun sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Kampung Razali dengan Taman Sri Belat di padang tiruan Batu Tiga, di sini, kelmarin yang berkesudahan seri 5-5.
Shahizan menambah, perlawanan persahabatan dua pasukan yang dianggap klasik itu turut mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inderapura, Dato’ Sri Shafik Fauzan Sharif.
Sementara itu pemain pasukan Kampung Razali, Mohamad Jafri Ismail berkata, sebagai anak jati Kampung Razali dia berbangga terpilih beraksi pada perlawanan persahabatan yang diadakan setiap lima tahun sekali.
“Pada perlawanan kelmarin keputusan terikat 5-5 hingga tamat permainan, persembahan bersemangat berjaya dipamerkan barisan pemain kedua-dua pasukan.
“Perlawanan persahabatan yang diadakan turut mengimbau kenangan ketika zaman remaja dahulu, setiap pasukan membariskan gandingan pemain muda dan senior,” katanya yang bertugas di Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Bukit Sekilau, di sini.