Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
KUALA LUMPUR: Tiga lokasi pelancongan, Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka akan dibuka kepada pelancong tempatan bermula 1 Oktober ini.
Portal Harian Metro dipetik melaporkan bahawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri, sebagai berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Menteri Kuartet, hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas melihat perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.
Menurutnya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 yang akan dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, esok.
“Oleh itu, Melaka, Tioman dan Genting Highlands akan bersiap sedia untuk beroperasi semula dalam dua minggu.
“Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas membabitkan ujian saringan memandangkan Melaka agak besar.
“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.