Bom Perang Dunia II ditemui di Felda Triang

Bom Perang Dunia II ditemui di Felda Triang

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my 

BERA: Sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia II ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan rumah peneroka, di Felda Triang 1, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin, berkata bom jenis UXO Arial itu ditemui lelaki yang sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan ladang sawit belakang rumahnya kira-kira 3.30 petang.

“Bom jenis UXO Arial seberat 226 kilogram sepanjang 0.9 meter itu dijumpai separuh terkeluar dan dipercayai bom lama.

Sebutir bom lama peninggalan Perang Dunia ll yang  ditemui seorang lelaki di ladang sawit Felda  Triang 1, Bera.

“Hasil penilaian mendapati bom jenis ini adalah berisiko untuk dialihkan dan hanya boleh dimusnahkan di tempat dijumpai,” katanya, di sini, semalam.

Mansor berkata, bom berkenaan dicadang untuk dimusnahkan selepas penduduk berhampiran dipindahkan ke kawasan selamat dan rumah paling hampir dengan bahan letupan itu hanya kira-kira 100 meter.

Katanya, penduduk berhampiran akan dipindahkan ke dalam bangunan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang terletak kira-kira satu kilometer daripada lokasi bom.