Bomba jumpa mayat bawah sisa balak

Bomba jumpa mayat bawah sisa balak

JERANTUT: Satu daripada tiga mangsa yang hilang dalam kejadian banjir lumpur akibat kepala air di Chalet Bobby Echo Camp, Bentong, Sabtu lalu, ditemui maut pada 10.15 pagi, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, mayat wanita berketurunan Cina yang dikenali Yap Koon Lan, 65, ditemui kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. 

“Mangsa dijumpai pasukan penyelamat di bawah runtuhan kayu balak dan pasir. Pasukan Bomba dan Penyelamat mengambil kira kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE