Bomba pesan tangguh dulu aktiviti riadah

Bomba pesan tangguh dulu aktiviti riadah

KUANTAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  (JBPM) Pahang menasihati orang ramai supaya menghentikan sementara aktiviti riadah dan pendakian sepanjang musim tengkujuh.

Pengarah JBPM Pahang, Dato’ Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berkata langkah itu wajar bagi menjamin keselamatan.

Katanya, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu terutama hujan, ia boleh mendedahkan kepada kejadian tidak diingini.

“Sebagai contoh, kejadian kepala air boleh berlaku pada bila-bila masa manakala pendaki pula berdepan kepada permukaan licin yang boleh mengundang kepada kecederaan.

“Bagi memastikan keselamatan terjamin, JBPM menasihati orang ramai tidak berkunjung atau melakukan sebarang aktiviti riadah buat sementara,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN