Bomba Taman Tas dah ada jalan khas la

Bomba Taman Tas dah ada jalan khas la

KUANTAN: Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, di sini, kini mempunyai laluan khas dan tidak lagi berkongsi jalan dengan penduduk taman perumahan serta kampung berhampiran.

Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, berkata jalan alternatif 300 meter yang menghubungkan Chendering dan Taman Tas itu dapat menjimatkan masa kira-kira 10 minit waktu perjalanan.

“Bomba sangat memerlukan jalan kecemasan khas ini untuk memastikan mereka tiba tepat pada masanya ketika penduduk dalam keadaan memerlukan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Shahar berkata, ibu bapa di kawasan perumahan tidak perlu bimbang apabila terdengar bunyi siren kerana jentera bomba tidak lagi akan melalui jalan perumahan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN