Bot bantuan makanan karam di Jeram Panjang

Bot bantuan makanan karam di Jeram Panjang

JERANTUT: Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Tahan, cemas apabila bot mereka naiki yang membawa bantuan banjir karam selepas dipukul ombak di Sungai Tembeling, kira-kira 11 pagi, hari ini. 

Ketiga-tiga anggota itu perjalanan untuk menghantar bekalan bantuan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Jerantut kepada penduduk Orang Asli menggunakan bot persendirian. 

Ketua misi, Roslan Abdul Kassim, 58, ketika dihubungi berkata, beliau bersama adiknya, Mizi,  28, dan pemandu bot, Belawak Bajah, 30, ketika itu dalam perjalanan ke Kampung Aur. 

“Sebelum itu kami sudah pun menghantar bantuan makanan ke kampung Teresik dan Tabing. 

“Untuk sampai ke kampung Aur itu kami terpaksa melalui beberapa jeram yang deras airnya, termasuk Jeram Panjang yang begitu mencabar.

“Ketika di Jeram Panjang, ombak dan arus sangat kuat sehinggakan air masuk ke dalam bot dari depan dan belakang. Bot kemudiannya hilang kawalan dan tenggelam,” katanya. 

Menurutnya, beliau bersyukur kerana mereka bertiga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – MUHAMMAD NAJMIE