BSM Kuantan Siapsiaga Hadapi Musim Tengkujuh

Kuantan : 14 Oktober 2024. Bulan Sabit Merah (BSM) Kuantan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh. Timbalan Pengerusi BSM Kuantan, Dato’ Wan Raihan binti Dato Wan Abdul Rahman berkata,

“anggota BSM Daerah telah memperkemaskan jentera khususnya dalam memberikan khidmat sokongan dalam membantu mangsa banjir di Kuantan.”

Pengerusi Kelab LC 1010 Malaysia, Dato’ Prof Dr. Jim Kor ( kiri) menyampaikan plak tajaan 2 unit bot serta kelengkapan peralatan kepada Timbalan Pergerusi BSM Kuantan, Dato’ Wan Raihan, turut serta Pengerusi Rayuan Derma BSM Kuantan, Lai Wai Keat di HGH Convention Hall, Sentul

Ujarnya lagi, “Jawatankuasa BSM Daerah senantiasa memantau kawasan-kawasan yang sering dilanda musibah banjir di sekitar daerah Kuantan yang dijangka bermula november ini.”

Untuk rekod pada 10 Oktober yang lalu BSM Kuantan telah menerima sumbangan 2 unit Bot dan kelengkapan peralatan yang disumbangkan oleh Kelab LC 1010 Malaysia.

Penyerahan telah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab, Dato’ Prof Dr. Jim Kor kepada Timbalan Pengerusi BSM Kuantan, Dato’ Wan Raihan serta Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Derma BSM Kuantan, Lai Wai Keat di HGH Convention Hall, Sentul. Kos keseluruhan 2 unit bot dan kelengkapan peralatan dianggarkan bernilai RM100,000.00.

KabhiIsmail.