
CAMERONS HIGHAND. 20 DISEMBER 2023. Bulan Sabit Merah Malaysia (BSM) Pahang dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia turun padang menyantuni dan menceriakan mangsa banjir dan tanah runtuh di pusat pemindahan sementara (PPS) Sg Ruil, Brinchang yang melibatkan seramai 25 keluarga.
Program yang diketuai Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSM) Pahang, Dato’ Zainal Azman bin Bidin turut melibatkan lain-lain agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA), PDRM dan RELA.

Pengerusi Jawatankuasa Ketahanan kebangsaan yang juga Timbalan Pengerusi BSM Pahang, Dato’ Wan Nor Raihan Wan Abdul Rahman ketika ditemui berkata,” program yang bermatlamat membantu dan menceriakan mangsa kejadian tersebut akan menerima bantuan keperluan seperti bakul makanan, set makanan (hygiene kit), barangan kesihatan dan air mineral ditaja oleh badan korporat antaranya Pengurusan Air Pahang (PAIP)”

Katanya lagi,”Bagi menambahkan kegembiraan kepada kanak-kanak , turut diadakan pertandingan mewarna dan demonstrasi menyelamat (CPR) dan saya lihat diraut wajah mereka penuh ceria dan gembira dengan kehadiran rombongan dari BSM Pahang.”
Terdahulu kejadian tanah runtuh di penempatan semula Orang Asli di kampung Sungai Ruil ini berlaku pada 11 Oktober yang lalu yang memaksa 17 Keluarga dipindahkan. Kejadian tersebut menyebabkan tiga motorsikal tertimbus dan sebuah garaj kereta rosak, namun tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan.
Tamat>Kabhi Ismail