BSM PAHANG TERIMA AMBULANS

Kuantan. 15 JANUARI 2024. Bulan Sabit Merah (BSM) Pahang menerima sebuah ambulan jenama Toyata Hiace 2.5 (D) sumbangan UMW Toyata Bhd bernilai RM145,000.00 bagi kegunaan melakanakan kerja-kerja kemasyarakatan di negeri Pahang.

Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Allammiyyah, Muhamad Najmi bin Dato’ Mohd Aris yang bertanggungjawab bagi mendapatkan penajaan tersebut setelah menerima permintaan keperluan daripada pihak Hospital Daerah Pekan, Pahang.

Sumbangan ini telah diserahkan kepada Pengerusi BSM Pahang, Dato’ Zainal Azman Haji Bidin yang disaksikan Pengarah Hospital Pekan, Dr. Norasmiza Abdul Manaf. di Hospital Pekan.

Muhamad Najmi ketika ditemui berkata, “sumbangan ini dilakukan bagi mengambil kira peranan yang telah dimainkan BSM Pahang dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan bantuan mula pertolongan cemas kepada masyarakat.”

Ujarnya lagi, ” Yayasan Allammiyyah bukan sahaja membantu badan sukarela bahkan juga menaja institusi pengajian pondok tradisional melayu, golongan asnaf dan amal akhirat seperti bantuan Van Jenazah, menaja pengajian pelajar universiti”.

Timbalan Pengerusi BSM Pahang, Dato’ Wan Raihan, ” mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan, dan menjadi pendorong kepada BSM Pahang untuk terus bergerak aktif membantu masyarakat yang ditimpa musibah. Beliau juga berharap agar ada lagi individu atau badan korporat yang dapat terlibat sama untuk terus membantu bagi menjayakan visi BSM Pahang iaitu, membantu masyarakat yang memerlukan khidmat.

Tamat. Kabhi Ismail.