BSMM KUANTAN TERIMA 2 BOT MENYELAMAT

KUANTAN, 15 November 2024. Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM) Daerah Kuantan menerima 2 buah bot yang disumbangkan oleh Kelab LC1010 Malaysia hari ini. Penyerahan bot berkenaan telah disempurnakan sendiri Presiden Kelab LC1010 Malaysia, Dato’ Prof. Dr. Jim Khor di Taman Tasik Bandar ,Indera Mahkota yang bertujuan untuk digunakan dalam misi menyelamat mangsa ketika berlaku bencana banjir di daerah Kuantan.

Dato’ Prof. Jim Kor ketika ditemui selepas penyerahan berkata, ” Sumbangan yang diberikan ini adalah bagi menyokong BSMM Daerah Kuantan dalam membantu kerja-kerja menyelamat ketika musim banjir dan tengkujuh. Ianya juga sebagai tanda sokongan Kelab LC1010 kepada kerja-kerja masyarakat yang telah dilakukan secara sukarela”.

Ujarnya lagi, ‘Bot yang bernilai RM200,000 ini diharapkan dapat membantu masyarakat bandar dan desa di Daerah Kuantan dan antara lain beliau juga optimis kerjasama ini dapat diteruskan bukan sahaja kerja-kerja menyelamat bahkan membantu melatih ahli-ahli Kelab LC1010 untuk bersama-sama dalam mengerakkan aktiviti kemasyarakatan.

Hadir sama dalam majlis ini, Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuantan, Dato’ Hasnul Hamidi Harun, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, PPjB Md Gezani Md Ghazi, Timbalan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri, Mejar (PA) Mohd Zairosnizam Mohd Tarmiz ,Pengerusi BSMM Daerah Kuantan, Harun Kamaluddin dan Timbalan Pengerusi BSMM Daerah Kuantan, Dato’ Wan Nor Raihan Dato’ Wan Abdul Rahman.

Oleh : KabhiIsmail