KUANTAN , 10 Disember 2024 : Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kuantan hari ini melakar satu sejarah dengan menjalinkan kerjasama bersama Jawatankuasa Kemajuan & keselamatan Kampung dalam mewujudkan sukarelawan bagi membantu mangsa yang terlibat dengan bencana.
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara BSMM Kuantan dan Pengerusi JPKK Kampung Belukar dan Kampung Gudang Rasau disaksikan sendirin Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura, Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan bin Sharif di Dewan PM Najib, Batu 3, Kuantan. Turut bersama Pengerusi BSMM Kuantan, Harun Kamaluddin, Timbalan Pengerusi, Dato’ Wan Nor Raihan Dato’ Wan Abdul Rahman, Pengerusi JPKK Kg. Belukar, Wan Roslinda Wan Nasir dan Pengerusi JPKK Kg. Gudang Rasau, Tarmizi Mohd. Yusof.
Dato’ Sri Shafik ketika ditemui berkata, “dengan mewujudkan kampung angkat ini, beliau berharap penduduk di kawasan terbabit dapat terlibat sama dalam aktiviti kesukarelawan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan segera apabila berlakunya banjir”.
Ujarnya lagi “beliau amat berterima kasih kepada BSMM Kuantan yang sudi bekerjasama dalam melatih sukarelawan-sukarelawan berkaitan ilmu pertolongan cemas dan bantuan awal dalam menyelamatkan mangsa di musim monsun timur laut (MTL).
OLEH : KabhiIsmail