Budak 13 tahun, lengkap vaksinasi boleh masuk stadium

Budak 13 tahun, lengkap vaksinasi boleh masuk stadium

HANYA penyokong berumur 13 tahun ke atas yang lengkap vaksinasi dibenarkan memasuki Stadium Darul Makmur bagi menyaksikan perlawanan Sri Pahang FC berdepan Terengganu FC (TFC), malam esok.

Menerusi hantaran Facebook rasmi Sri Pahang FC, penyokong perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi di pintu masuk.

“Selain itu, penyokong perlu mengimbas kod QR MySejahtera dan pelitup muka wajib dipakai sepanjang perlawanan.

“Sebarang aktiviti makan dan minum di dalam stadium tidak dibenarkan serta mengamalkan penjarakan fizikal satu meter dan mengelakkan berkumpul di kawasan stadium,” katanya menerusi hantaran itu.

Pada masa sama, kompaun akan dikenakan terhadap individu yang didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN