KERESAHAN ketua jurulatih Sri Pahang FC, Christophe Gamel bahawa skuad itu bakal berdepan tugas sukar terjawab selepas tewas 1-2, di tangan Sabah FC, di Stadium Likas, malam tadi.
Jurulatih dari Perancis itu berkata, anak buahnya sudah memberikan tentangan terbaik terutama pada babak kedua perlawanan apabila merapatkan jurang gol 1-2.
Bagaimanapun, katanya, tuan rumah bermain lebih baik sehingga berjaya menafikan skuad Tok Gajah membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.
“Tahniah kepada Sabah dan pada masa sama saya tetap berpuas hati dengan komitmen semua pemain yang sedaya upaya dan berusaha bangkit selepas ketinggalan 0-2,” katanya.
Pada perlawanan itu, gol tunggal Sri Pahang dijaringkan oleh Manuel Hidalgo pada minit ke-60 manakala dua gol Sabah , masing-masing satu gol menerusi Neto Pessoa dan Taiki Kagayama m-10 dan m-18.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN