Cakna sungguh kerajaan negeri ke rakyat Pahang ni

Cakna sungguh kerajaan negeri ke rakyat Pahang ni

KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju mengekalkan kadar cukai tanah untuk tahun depan, sama seperti tahun lalu dan tahun ini,

YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputusan itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) baru-baru ini. 

“Kerajaan negeri menerusi MMK bersetuju kekalkan remisyen kadar cukai tanah untuk 2022 seperti 2020 dan 2021

“Keputusan ini demi meringankan beban rakyat khususnya dalam kalangan pembayar cukai tanah di Pahang, susulan pelbagai kekangan akibat pendemik Covid-19 yang masih melanda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, hari ini. 

Sehubungan itu, katanya, keputusan itu diharapkan dapat memberi ruang dan kesempatan kepada semua pemilik tanah di negeri ini untuk menjelaskan cukai tanah sepenuhnya pada tahun depan. – HELMY ABD RAHMAN