Calon DUN Chini mahu memperjuangkan peluang kerja orang muda

Calon DUN Chini mahu memperjuangkan peluang kerja orang muda

PEKAN: Usaha menarik pelabur untuk ke FELDA Chini akan dilakukan dalam memastikan peluang pekerjaan lebih baik buat untuk generasi.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain berkata, beliau akan cuba untuk mencari pelabur datang ke Chini yang sekali gus membuka peluang pekerjaan untuk orang muda.

“Saya sedia maklum generasi muda di FELDA Chini termasuk kampung tradisional memerlukan pekerjaan bagi menjamin kehidupan mereka, sebaliknya tidak terlalu bergantung pada keluarga.

“Peluang pekerjaan turut sama dinikmati oleh golongan belia masyarakat Orang Asli yang ramai tinggal di kawasan Tasik Chini,” katanya, di sini.

Mohd Harieth Izhar Latifuddin, 18, berkata belia di FELDA Chini amat memerlukan pekerjaan dan enggan tidak terlalu bergantung kepada kerja ladang milik keluarga.

“Saya sokongan generasi muda kepada BN akan bertambah jika parti itu dapat membantu kami mendapatkan kerja dekat kampung sendiri seperti yang berlaku di Pekan,” katanya yang kini bekerja di warung kopi di FELDA Chini Tiga, di sini.

Sementara itu, mantan Ketua Puteri UMNO Chini 3, Husna Khlon, 51 berkata, generasi muda inginkan kerja dekat kampung, dekat dengan keluarga. 

“Saya berharap BN dapat memikirkan cara terbaik untuk menarik pelabur ke FELDA Chini,” katanya. –  MOHD IMRAN IZZAD