Calon SPM SMART Dapat Sarapan, Makan Tengah Hari

Seramai 119 pelajar SMK Abdul Rahman Talib (SMART) yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mendapat bekalan sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang yang disediakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu.

Penyediaan bekalan makanan itu adalah sebahagian inisiatif PIBG sekolah itu untuk memastikan emosi pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tidak terganggu selain bersedia menjawab soalan dalam keadaan selesa.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Nur Sham Amir Hussin selaku penyelaras program berkata, tradisi makan percuma buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini buat tahun ketiga di adakan bagi memberi sokongan serta galakan menjawab peperiksaan dengan lebih baik. Semua perbelanjaan hasil sumbangan keluarga pelajar dan berharap pendekatan yang diguna pakai bagi membantu pelajar menghadapi peperiksaan SPM .

“Paling utama dengan adanya makanan dapat dimanfaatkan sepenuhnya tanpa perlu berulang-alik ke rumah untuk makan.” katanya ketika ditemui hari ini.

Seorang pelajar, Munirah Auni Zulkepli, 17, mengucapkan terima kasih kepada pihak PIBG yang telah mencetuskan idea tersebut bagi memudahkan pelajar menduduki peperiksaan.
“Alhamdulilah, sepanjang peperiksaan selain hidangan makanan kami juga dibekalkan dengan air serta roti sebagai alas perut sebelum masuk ke dewan peperiksaan, walaupun ringkas namun tetap mengenyangkan.

Beliau juga berharap pendekatan yang diguna pakai untuk membantu pelajar menghadapi peperiksaan SPM ini perlu diteruskan pada masa-masa akan datang.

Oleh Kabhi Ismail