Cara ADUN Chini merisik khabar

Cara ADUN Chini merisik khabar

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

PEKAN: Peralihan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Pahang memberi lebih ruang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Mohd Sharim Md Zain untuk kembali mendekati masyarakat dalam kawasan jagaannya.

Dengan peralihan itu, Mohd Sharim menggerakkan pelbagai program selepas tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terbaru, beliau mengadakan program `Ziarah Kasih’ yang menjuruskan tumpuan terhadap kebajikan 10 penduduk yang mengalami penyakit kronik.

“Alhamdulillah, dengan kelonggaran pada Fasa 4 PPN ini dapatlah memberi ruang kepada saya menziarahi dan menyantuni penduduk uzur di Gugusan Chini Timur.

“Program ini akan saya teruskan dari semasa ke semasa. Selepas ini, saya akan menziarahi penduduk di Chini, kampung tradisi dan perkampungan masyarakat Orang Asli,” katanya.