Cara DUN Sungai Lembing hargai petugas barisan hadapan

Cara DUN Sungai Lembing hargai petugas barisan hadapan

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-64, petugas barisan hadapan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Lembing diraikan dengan hidangan makanan tengah hari dan kek, kelmarin.

Barisan petugas hadapan yang diraikan itu membabitkan Klinik Kesihatan Bukit Goh, Balai Polis Panching, Klinik Kesihatan Sungai Lembing dan Balai Polis Sungai Lembing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Dato’ Md Sohaimi Mohamed Shah berkata, sumbangan itu daripada Gabungan Anak Melayu Pahang (GAMP).

Katanya, usaha gigih semua petugas barisan hadapan dalam mendepani penularan wabak COVID-19 di negara ini wajar dipuji dan dihargai.

“Saya turut menyerahkan sumbangan kerusi kepada farmasi Klinik Kesihatan Bukit Goh,” katanya.