Cemerlanglah orang Pahang

Cemerlanglah orang Pahang

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KIRA-kira 200,000 warga Pahang menyertai pelbagai aktiviti sukan bersempena Hari Sukan Negara (HSN) 2021 peringkat negeri, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Stadium Darul Makmur. 

Wan Rosdy berkata, beliau gembira dengan sambutan menggalakkan daripada seluruh rakyat Pahang yang peka dengan aktiviti bersukan.

‚ÄúPada awalnya kita mensasarkan 120,000 orang. Peningkatan jumlah penyertaan membuktikan rakyat Pahang peka dengan sukan dan mereka tahu ia membawa perpaduan, menjana ekonomi dan mengukuhkan silaturrahim,” katanya.

Dalam pada itu juga, beliau meminta rakyat Pahang supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama Pahang sudah berada dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).