Cendawan tiram jana pendapatan

Cendawan tiram jana pendapatan

PEKAN: Pengalaman lebih lima tahun mengusahakan cendawan tiram kelabu secara komersial kini dikongsi dengan individu yang ingin menceburi aktiviti berkenaan.

Shafawira Ramlee, 45, berkata dia kini menganjurkan kursus menanam cendawan dalam usaha menyebarkan kemahiran yang dimiliki sejak 2020.

“Saya mendapat sokongan pegawai Pejabat Pertanian Daerah Pekan yang turut memberi taklimat. Saya menyediakan latihan, demonstrasi menyediakan bahan tanaman dan 

cara menanam.

“Saya ingin melihat lebih ramai generasi muda dan golongan wanita menceburi aktiviti menanam cendawan bagi menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutup kursus menanam cendawan tiram kelabu di Pusat Pertanian Tanah Putih, di sini, kelmarin. – MOHD IMRAN IZZAD