Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Seramai 128,657 atau 74.4 peratus daripada keseluruhan remaja di negeri ini sudah menerima satu dos suntikan vaksin Covid-19.
Menerusi perangkaan dikeluarkan Jawatankuasa Task-Force Covid-19 Negeri Pahang, daripada jumlah berkenaan, 94.7 peratus remaja yang berada di instutusi pendidikan menerima satu dos suntikan.
Jawatankuasa itu juga memaklumkan, remaja yang menerima dua dos lengkap berjumlah 19,951 orang atau 11.3 peratus daripada keseluruhan, manakala 14.4 peratus bagi remaja yang berada di institusi pendidikan.
Secara keseluruhannya, jawatankuasa itu memberitahu, seramai 1.175 juta atau 70 peratus daripada sejumlah 1.68 juta penduduk di negeri ini sudah divaksin.
“Seramai 1.132 juta atau 67.5 peratus penduduk sudah menerima satu dos manakala 987,072 atau 58.8 peratus lengkap dua dos. Jumlah pendaftaran setakat ini mencecah 1.005 juta (85.5 peratus),” kata jawatankuasa berkenaan, hari ini.
Jawatankuasa terbabit seterusnya berkata, bagi kumpulan tertinggal, seramai 1,983 atau 68.4 peratus daripada sasaran 2,898 warga Felda sudah menerima satu dos, namun belum ada yang lengkap divaksin.
“Pekerja kilang pula, daripada sasaran 16,889 orang, seramai 16,471 atau 97.5 peratus menerima satu dos dan 16,030 (94.9 peratus) dua dos, manakala yang menolak vaksin seramai 441 (0.57 peratus).
“Pekerja hotel, daripada sasaran 7,244 orang, seramai 7,238 (99.9 peratus) menerima satu dos dan 6,460 (89.2 peratus) dua dos; pekerja restoran, daripada sasaran 14,960, seramai 14,946 (99.9 peratus) menerima satu dos dan 12,495 (83.52 peratus) dua dos.
“Untuk pekerja ladang, daripada sasaran 21,221 orang, seramai 20,316 (95.7 peratus) terima satu dos dan dos dua seramai 14,673 orang (69.14 peratus),” jelas jawatankuasa itu.
Kata jawatankuasa itu lagi, menerusi program Gempur Vaksin, seramai 44,597 (87.5 peratus) daripada sasaran 50,950 masyarakat Orang Asli menerima satu dos suntikan.
“Daripada jumlah itu, seramai 42,206 (82.8 peratus) lengkap dua dos manakala 6,476 lagi (12.7 peratus) belum divaksin.