Che Senun Che Will juara golf amal PVTUDM

KUANTAN 17 Sept 2023 ( Fikrah Pahang ) Che Senun Che Will berjaya menewaskan 39 peserta lain untuk muncul juara dengan catatan 79 gross di Pertandingan Golf Amal Persatuan Veteran TUDM (PVTUDM) cawangan Pahang 2023 di Kelab Rekreasi Tentera Udara Kuantan (KRTK) hari ini.

Pizul Hamzah muncul pemenang tempat kedua manakala ketiga milik Mohamad Amirul.

Menurut Pengerusi PVTUDM cawangan Pahang, Leftenan Kolonel (B) Kamruzaman Mat Sham , penganjuran yang pertama kali diadakan ini bermatlamat mengumpul dana untuk disalurkan kepada tabung persatuan bagi membantu ahli terdiri daripada pesara-pesara yang kini berjumlah hampir 725 orang .

“Disamping itu juga, pertandingan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara sektor awam dan swasta dalam melahirkan rasa tanggungjawab sosial terhadap golongan yang memerlukan bantuan”.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh , Leftenan Kolonel (B) Kamruzaman Mat Sham dan Wakil Kapten Kelab KRTK, Mej Nor Ismail Osman.

Oleh : Zulkepli Osman.