Clarence Seedorf masuk Islam

Clarence Seedorf masuk Islam

LAGENDA bola sepak Belanda, Clarence Seedorf mengumumkan dirinya kini sudah memeluk Islam sejak semalam.

Menerusi keterangan hantaran gambar bersama isterinya, Sophia Makramati di akaun Instagram rasminya semalam, bekas bintang bola sepak AC Milan dan Real Madrid itu berkata, beliau amat gembira dapat bergabung dengan saudara seagama di seluruh dunia.  

“Terima kasih untuk semua ucapan tahniah sempena saya menyertai keluarga Islam. Saya amat gembira dapat menyertai semua saudara dan puteri Islam di seluruh dunia terutama Sophia saya yang menawan yang tidak jemu mengajar makna Islam secara lebih mendalam.

“Saya tidak menukar nama yang diberikan orang tua saya dan terus menggunakan nama Clarence Seedorf. Saya kirimkan seluruh rasa kasih kepada seluruh umat manusia di dunia ini,” katanya dalam hantaran itu.  

Perjalanan Seedorf sehingga memeluk Islam juga dipercayai hasil hubungan rapatnya dengan lagenda sukan tempur, Khabib Nurmagomedov dan chef terkenal asal Turki, Burak Ozdemir atau dikenal CZN Burak.

Seedorf menubuhkan akademi bolas sepak yang menggunakan latihan unik sukan tempur bersama Khabib sejak akhir tahun lalu. 

Hasil usahasama itu, mereka berdua menubuhkan SK Sport Holding sebelum melancarkan Seedorf Khabib Performance Club. – HELMY ABD RAHMAN