JADUAL latihan Sri Pahang akan diteliti semula sebaik semua pemain dan pegawai pasukan kembali negatif Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Dato’ Mohammed Suffian Awang, berkata penelitian jadual itu perlu untuk mengembalikan tahap kecergasan semua pemain.
“Sudah pasti tahap kecergasan pemain akan menurun dan penyusunan semula jadual diharap mampu meningkatkan prestasi mereka.
“Prosedur operasi standard (SOP) menetapkan tujuh hari tempoh kuarantin dan pemain akan menyertai latihan sebaik sembuh,” katanya.
Berdasarkan jadual perlawanan, Sri Pahang sepatutnya bertemu Terengganu FC (TFC) semalam, tetapi ditunda disebabkan penularan Covid-19.
Dua perlawanan lain yang turut ditunda ialah berdepan Selangor FC pada 8 Mac ini dan Manjung City (12 Mac). – MUHAMMAD IZZ ZAHIN