Ini ialah Belanjawan Negeri ke-3 dibentangkan oleh Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar/Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Sumber Asli, Tenaga dan Air Negeri; sejak pelantikan 2 ½ tahun lepas pada 15 Mei 2018.
Belanjawan Negeri 2019 bernilai RM703.8 juta yang dibentang pertama kali pada Isnin, 19 November 2018 (kira-kira enam (6) bulan selepas pelantikan); telahpun merekodkan kejayaan dengan pencapaian kira-kira 120 peratus. Jangkaan hasil ialah RM703.8 juta tetapi kutipan hasil sebenar pada akhir tahun 2019 ialah RM847.3 juta, atau lebihan RM143.5 juta (bersamaan dengan lebihan kira-kira 20 peratus).
Belanjawan Negeri 2020 bernilai RM744.02 juta yang dibentang kali kedua pada Isnin, 18 November 2019 juga berjaya – di sebalik kekangan COVID-19 dan langkah-langkah ketat membendungnya bermula Mac 2020; dengan pencapaian 98.15 peratus setakat 13 November 2020, atau RM730.26 juta dan dijangka ‘surpassing the 100 percent mark’ pada 31 Disember 2020.
Dengan ‘trend’ ini (dan Belanjawan Negeri 2021 pula bernilai RM800.798 juta), sasaran Belanjawan Negeri sebanyak RM1 billion dijangka boleh dicapai dalam tempoh dua tiga tahun akan datang, In Sya Allah. – Khabar Pahang