Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Jumlah jangkitan Covid-19 di Pahang menunjukkan penurunan iaitu 426 kes, hari ini, berbanding 558 kes semalam, walaupun jumlah keseluruhan kes di Malaysia melonjak kepada 20,596 kes, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes harian Covid-19 itu juga melepasi 20,000 kes untuk kali pertama.
Katanya, catatan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 negara kini sebanyak 1,203,706 kes.
“Selangor terus menyumbang jangkitan baharu tertinggi dengan 8,549 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,163), Kedah (1,446), Johor (1,300), Sabah (1,062) dan Pulau Pinang (1,022).
“Selain itu, Negeri Sembilan mencatat 989 kes, Perak (916), Melaka (622), Terengganu (501), Putrajaya (50), Labuan (15) dan Perlis (empat),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.