COVID-19: MBK sanitasi premis dan pondok letak kereta sekitar bandar raya Kuantan

COVID-19: MBK sanitasi premis dan pondok letak kereta sekitar bandar raya Kuantan

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Sebanyak 250 premis di Jalan Putra Square dan 14 pondok letak kereta di sekitar bandar raya ini sudah disanitasi oleh Majlis Banraya Kuantan (MBK) setakat ini.

  Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, inisiatif sanitasi awam itu selama dua hari bermula semalam.  




KUANTAN 2 JUN 2021. Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) melakukan kerja  sanitasi awam di sekitar pusat bandar raya Kuantan.Slug sanitasi 2 Jun 2021

  “Lebih 50 taman awam, kawasan rekreaksi dan tumpuan awam serta gerai dan pusat jaja turut menjalani proses sama untuk memastikan penularan pandemik itu disekat.

  “MBK melaksanakan inisiatif sanitasi awam ini bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19, lebih-lebih lagi, Kuantan masih dalam pelaksanaaan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) yang akan tamat pada 7 Jun ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

  Sehubungan itu, Norkamawati berkata, sanitasi awam itu akan dilakukan secara berkala mengikut keperluan terutama di kawasan tumpuan ramai seperti pasar awam.

  “Pada masa sama, kita meminta kerjasama orang ramai supaya terus mematuhi SOP (prosedur operasi standard) ditetapkan kerajaan.

  “Pematuhan itu membabitkan pemakaian pelitup muka, penjarakkan fizikal satu meter dan mengimbas kod QR MySejahtera dan suhu,” katanya.