CTS percepat proses kesan penerima bantuan JKM

CTS percepat proses kesan penerima bantuan JKM

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Lapan kakitangan Pejabat Kebajikan Masyarakat Rompin membangunkan sistem pengesanan pelanggan (CTS) yang digunakan untuk mengesan kediaman penerima bantuan.

Inisiatif yang diketuai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Khairul Azrin Mat Shah itu memudahkan bantuan disampaikan terus kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdaftar dan mula dibangunkan pada Mac 2020. 

Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin, berkata CTS memudahkan bantuan disampaikan dengan mudah, tepat dan menjimatkan kos minyak kenderaan kerana tidak perlu merayau mencari rumah penerima bantuan.

“Sekurang-kurangnya 2,052 penerima bantuan yang berdaftar dengan JKM Rompin antaranya warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik sudah didaftarkan dalam CTS,” katanya. 

Beliau berkata, sebelum ini masa diambil untuk mengesan penerima bantuan adalah antara 30 dan 40 minit tetapi hanya sekitar 10-15 minit dengan CTS.

Zulkhairi berkata, CTS yang menerima Anugerah Emas Inovasi JKM Peringkat Kebangsaan dan Anugerah Khas Ketua Pengarah JKM akan diperkemaskan dari semasa ke semasa.

“Kita akan meluaskan penggunaan CTS ke seluruh Pahang secara berperingkat yang membabitkan lebih 28,000 penerima bantuan yang berdaftar dengan JKM.