KUANTAN: Hanya 29.4 peratus atau 277,422 warga Pahang mengambil dos penggalak daripada 944,510 individu yang disasarkan dalam Program Pemberian Vaksin Dos Penggalak (VDP) di Pahang sehingga 9 Januari lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Dato’ Dr Nor Azimi Yunus, negeri itu membuka 179 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam usaha meningkatkan pencapaian sasaran VDP itu.
“Kita juga akan membuka beberapa PPV di dewan awam dalam masa terdekat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Oleh itu, katanya, warga Pahang digalakkan beramai mendapatkan VDP di PPV yang disediakan.
Katanya, kajian membuktikan pengambilan dos penggalak boleh mengurangkan risiko jangkitan teruk.
“Kadar liputan VDP yang tinggi boleh membantu mengurangkan kadar jangkitan,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN