KUANTAN: Kira-kira seribu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam keadaan bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh.
Pengarah JBPM Pahang, Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berkata persediaan membabitkan keanggotaan dan logistik.
Katanya, kira-kira 50 bot dan 37 kenderaan darat sedia untuk digerakkan bagi operasi menyelamat mangsa sekiranya berlaku banjir.
“Helikopter dari Unit Udara Bomba juga akan digunakan jika keadaan memerlukan terutama dalam operasi penghantaran bekalan dan membawa pesakit,” katanya.
Dalam pada itu, Wan Mohammad Zaidi berkata, cuti membabitkan semua anggota akan dibekukan apabila berlakunya banjir. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN