Cuti Hari Pekerja di Pahang ditukar kepada 4 Mei

Cuti Hari Pekerja di Pahang ditukar kepada 4 Mei

KUANTAN: Cuti kelepasan am sempena Hari Pekerja bagi negeri ini yang sepatutnya pada tarikh 2 Mei lalu, dianjak ke 4 Mei (esok).

Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak, berkata ia susulan pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa Hari Raya Aidilfitri 2022 ditetapkan pada 2 Mei.

“Langkah ini juga selaras dengan kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 2 Mei,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, semalam. – HELMY ABD RAHMAN