Dah jumpa punca, PAIP janji selesaikan segera gangguan air di Kuantan

Dah jumpa punca, PAIP janji selesaikan segera gangguan air di Kuantan

KUANTAN: Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) akan melakukan kerja-kerja pintasan air di kawasan Mahkota Golf and Country Club (MGCC) di sini bagi menyelesaikan gangguan bekalan yang menjejaskan 35,000 pelanggannya di sekitar daerah ini sejak Selasa lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saiful Zaini Mohd Bokhari, berkata pihaknya yakin mampu menangani masalah itu dalam tempoh antara 12 hingga 24 jam.

“Kita akan buat ‘bypass’ (pintasan) untuk mengalihkan laluan air dan cabaran kita untuk mengurangkan masa pembaikian yang mana paling lama mungkin 24 jam, tetapi saya harap dapat dilakukan dalam 12 jam.

“Ini dapat dilakukan kerana kita dah mengenal pasti punca dan kawasan tempat berlakunya paip pecah itu selain memasang ‘sheet pile’ (cerucuk besi) berikutan runtuhan tebing,” katanya.

Petugas Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP) akan melakukan kerja-kerja pintasan air di kawasan Mahkota Golf and Country Club (MGCC) di sini bagi menyelesaikan gangguan bekalan yang menjejaskan 35,000 pelanggannya di sekitar daerah ini sejak Selasa lalu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat tinjauan tapak bagi penyelenggaraan air mentah di MGCC, di sini, hari ini.

Saiful Zaini bagaimanapun berkata, pihaknya terpaksa menutup bekalan air bagi membolehkan kerja-kerja membaiki paip bocor itu dilakukan. 

“Bagaimanapun kita akan dapatkan bantuan syarikat pembekal air dari negeri lain untuk mengatasi gangguan bekalan yang mana kira-kira 100 lori tangki diperlukan untuk membantu membekalkan bekalan air kepada penduduk yang terjejas.

“Kita juga akan sediakan tangki statik di setiap kawasan terjejas,” katanya. – HELMY ABD RAHMAN