Dah mula angkat buku, alat bantu mengajar ke tempat tinggi

Dah mula angkat buku, alat bantu mengajar ke tempat tinggi

PEKAN: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan mengenal pasti tiga belas sekolah rendah dan menengah di daerah ini yang mudah banjir.

Pegawai PPD Pekan, Mohd Razali Mustafar, berkata pihak sekolah sudah mula memindahkan akat bantu mengajar ke tempat tinggi.

“Kita telah memberi penerangan dan peringatan persiapan bagi menghadapi banjir kepada pengurusan sekolah yang terdedah dengan banjir di daerah ini.

“Slogan ‘Sifar Kemusnahan’ telah dilancarkan pada semua sekolah yang mudah banjir. Kita turut menubuhkan jawatankuasa dan jadual bertugas pemantauan banjir,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata, tiga puluh dua sekolah di daerah ini turut dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang mampu menempatkan antara seratus hingga lapan ratus mangsa banjir. – MOHD IMRAN IZZAD