Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Kes harian COVID-19 di Malaysia hari ini, terus melonjak pada paras tertinggi iaitu 22,948 kes berbanding 22,242 kes, semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1.48 juta kes.
Katanya, Selangor masih merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 7,175 kes, diikuti Sabah dengan 2,583 kes, Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655); Johor (1,526), Kuala Lumpur (1,439) dan Kelantan (1,271 kes).
“Selain itu, Perak mencatatkan 1,229 kes, Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736 kes), Terengganu (621), Negeri Sembilan (556), Perlis (42), Putrajaya (26) dan Labuan (sembilan),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.