Dato Mus kekal teraju UMNO Indera Mahkota

Kuantan. Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Indera Mahkota yang diadakan di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota semalam telah membuat pilihan mengekalkan penyandang kerusi Ketua UMNO Bahagian terus diberikan mandat menerajui kepimpinan umno bahagian bagi sesi 2023-2026 dengan menewaskan pencabar Dato’ Mazlan Rashid dan Dato’ Mohd Hazmi Yusof.

Timbalan Ketua UMno Bahagian dimenangi oleh bekas Exco Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Faiz Hashim manakala Naib Ketua Umno Bahagian dimenangi oleh bekas Ahli Jawatankuasa Umno , Aziz Abdullah.

Keputusan pemilihan ini diumumkan oleh Pengerusi Tetap Sementara, Bahazelan Wahab pada jam 10.45 malam.

Oleh : Kabhi Ismail