Debaran Pahang Rangers belum berakhir

Debaran Pahang Rangers belum berakhir

PAHANG Rangers bangkit daripada ketinggalan untuk mencatatkan kemenangan 3-2, ke atas Terengganu pada suku akhir pertama Piala Futsal Malaysia di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan, malam tadi.

Namun, cabaran skuad bimbingan Gerard Casas belum berakhir apabila kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi pada suku akhir kedua, 25 Jun ini.

Pada perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan dengan serangan awal lawan apabila membolosi gawang Pahang Rangers menerusi Fitrah Mohamad seawal minit kedua.

Pahang Rangers yang ketinggalan bangkit menjaringkan tiga gol, masing-masing daripada Ridzwan Bakri, Akmarulnizam Idris dan Saiful Nizam Md Ali minit ke-19, m-25 dan m-29.

Terengganu merapatkan jurang gol 2-3 tetapi sudah terlambat apabila tuan rumah memenangi perlawanan itu. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN