Demokrasi dalam UMNO masih subur

Demokrasi dalam UMNO masih subur

KUANTAN 20 Februari 2023 Proses pemilihan kepimpinan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan pusat masih berjalan dengan penuh semangat kepartian. Walaupun kekalahan teruk ketika Pilihan Raya Umum (PRU15) namun ianya tidak mematah semangat ahlinya untuk terus menabur khidmat kepada masyarakat menerusi perjuangan UMNO

Ketua UMNO Cawangan Indera Mahkota 5, Nik Mohd Ridzuan Kamarudin menjelaskan ‘ UMNO di peringkat akar umbi masih utuh namun ianya perlu diberikan nafas baru dan pendekatan yang berbeza mengikut budaya setempat disamping memperjuangkan kemahuan dan kehendak rakyat. Jelasnya lagi ‘Pilihan Raya Umum yang lalu generasi muda dilihat tidak menyokong perjuangkan UMNO, perkara ini perlu diambil serius oleh kepimpinan agar mereka menyakini perjuangan UMNO.

Beliau yang baru dipilih memimpin UMNO Cawangan Indera Mahkota 5 pada persidangan tahunan UMNO semalam berazam akan memberikan khidmat yang sebaiknya kepada ahli-ahli dan masyarakat setempat, dalam masa yang sama beliau juga menawarkan diri bertanding mengisi kekosangan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota bagi sessi 2023-2026.

Untuk rekod pemilihan UMNO kini sedang berlangsung bermula 1 Februari sehingga 18 Mac 2023 bagi memilih kepimpinan UMNO di semua peringkat cawangan, bahagian dan pusat termasuk kepimpinan wanita, pemuda dan puteri. – Fikrah Pahang

oleh: Kabhi Ismail