KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menasihati penduduk yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan is segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) jika kawasan kediaman mereka dinaiki air.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini, beliau meluahkan kebimbangan kemungkinan berlaku gelombong kedua banjir.
“Cuaca gelap dan hujan turun sejak pagi tadi… saya meninjau keadaan beberapa tempat yang berisiko banjir di Kuantan.
“Kita berkemungkinan berdepan gelombang banjir yang kedua pada kali ini. Timbul kerisauan di hati saya kerana kita baru sahaja melalui keadaan ini tempoh hari namun apa yang berlaku semua ketentuan daripada Nya,” katanya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN