Dengarlah rayuan MB ini wahai rakyat Pahang

Dengarlah rayuan MB ini wahai rakyat Pahang

Oleh Helmy Abd Rahman

helmy@fikrahpahang.com.my

Gambar

KUANTAN: Hanya 34.6 peratus atau kira-kira 415,000 orang daripada sasaran 1.2 juta orang rakyat Pahang yang sudah mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin, setakat ini.

  Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri merayu mereka yang masih belum mendaftarkan diri supaya segera berbuat demikian bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

  “Sekali lagi saya merayu kepada seluruh rakyat Pahang supaya segera mendaftarkan diri dalam aplikasi MySejahtera, bagi mendapatkan suntikan vaksin. 

  “Ini penting ke arah mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity) dalam kalangan rakyat dengan segera sekali gus membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19 di negeri ini,” katanya.

  Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

  Menurutnya, kerajaan negeri berhasrat supaya sasaran ditetapkan dapat dicapai demi memelihara kesihatan dan manfaat kepada seluruh rakyat Pahang. 

  “Semoga dengan ini, usaha bersama dan tidak jemu-jemu rakyat Pahang untuk mengatasi pandemik COVID-19 ini berjaya, Insya-Allah,” katanya.