Dengarlah suara hati kami…

Dengarlah suara hati kami…

RAUB: Mesej jelas golongan pengundi di daerah ini yang mahukan barisan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan calon dari UMNO mewakili parti komponen itu bertanding di kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Bagi menyapaikan mesej itu, kira-kira 300 pengundi terdiri daripada ahli akar umbi UMNO dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan soladiriti di Bagunan UMNO Bahagian Raub di sini, hari ini.

Mohamed Zaid Kitam, 59, dari Taman Amalani Lestari di sini, berkata calon darip UMNO mempunyai peluang lebih cerah untuk memenangi kerusi berkenaan.

“Sekarang adalah masa terbaik untuk kita bagi (beri) peluang kepada UMNO pula untuk bertanding di sini, tambahan pula, pengundi di Raub ini majoritinya orang Melayu dan kerusi Parlimen Raub ini asalnya memang milik UMNO,” katanya kepada Fikrah Pahang, hari ini.

Mohd Nazri Othman

Mohd Nazri Othman, 64, dari Kampung Pamah Rawas, berkata pemimpin atasan BN seharusnya mendengar suara pengundi di Raub yang bukan sahaja mahu calon UMNO dan anak jati daerah ini mewakili mereka di Parlimen.

“Kita bukan tak saya kepada MCA tetapi calon mereka sudah dua kali tewas kerusi Parlimen P080 (Raub) dan mereka juga selalu letakkan orang luar.

“Bagaimanapun kami tetap menyokong calon yang diletakkan, cuma bagi yang (pengundi) atas pagar mungkin menolak sekali gus menipiskan peluang BN menang di sini,” katanya.

Noorull Hidayu Mohd Yusof, 38,

Bagi Noorull Hidayu Mohd Yusof, 38, dari Felda Tersang 3, rata-rata dalam kalangan pengundi akan kecewa seandainya calon UMNO tidak terpilih bertanding kerusi Parlimen Raub.

“Moga Presiden UMNO (Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan barisan kepemimpinan BN dengar rayuan dan suara hati kami ini,” katanya. – HELMY ABD RAHMAN