Dollah akui berdepan cabaran getir dalam saingan Piala Malaysia

Dollah akui berdepan cabaran getir dalam saingan Piala Malaysia

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengakui skuad itu bakal berdepan cabaran getir bagi mengharungi saingan Piala Malaysia musim ini.

Katanya, ini kerana skuad Tok Gajah akan memulakan kempen saingan piala berprestij itu dengan dua perlawanan di gelanggang lawan.

Justeru, beliau mengharapkan skuad bimbingannya itu tidak pulang dengan tangan kosong apabila berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC dan Sarawak United.

“Sri Pahang akan menentang KL City Ahad ini dan disusuli Sarawak United pada 29 September ini. 

“Sudah pasti saya akan memastikan Sri Pahang tidak tewas untuk memastikan kedudukan lebih selesa dalam Kumpulan A,” katanya.

selain KL City dan Sarawak United, Kumpulan A turut diwarnai Penang FC.

Ahad ini, Sri Pahang akan memulakan kempen saingan Piala Malaysia berdepan KL City di Stadium KLFA, Cheras.