Dollah bimbang tahap kecergasan pemain

Dollah bimbang tahap kecergasan pemain

KELETIHAN pemain Sri Pahang FC kini meresahkan Dato’ Dollah Salleh menjelang pertemuan dengan Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Makmur, malam esok.

Ketua jurulatih skuad Tok Gajah itu berkata, anak buahnya nampak letih selepas mengharungi lima perlawanan berturut-turut termasuk beraksi tiga perlawanan di tempat lawan.

Katanya, situasi itu amat membimbangkannya ketika Sri Pahang mahu memastikan rentak  berpihak kepada skuad itu.

“Namun, saya harap semua pemain dapat memberikan yang terbaik. Kelebihan beraksi di halaman sendiri seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Dalam saingan Liga Super, Sri Pahang berada di kedudukan kelima manakala TFC pula di tangga keempat, dengan masing-masing mengutip 21 dan 23 mata. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN