Dollah fokus jentera serangan menjelang kempen Piala Malaysia

Dollah fokus jentera serangan menjelang kempen Piala Malaysia

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh mengakui bimbang dengan prestasi semasa pasukan menjelang kempen Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini.

Beliau berkata, ini kerana skuad Tok Gajah berdepan masalah ketumpulan di bahagian serangan ketika jentera tengah dan pertahanan dilihat mempamerkan persembahan menyakinkan.

Justeru, beliau mahu bahagian serangan mempamerkan peningkatan terutama sentuhan lebih berbisa untuk merobek gawang lawan.

“Pada dua perlawanan terakhir, ada peningkatan dipersembahkan tetapi bahagian serangan tidak begitu menyerlah.

“Mereka ada peluang menjaringkan gol tetapi gagal disempurnakan hingga memberi kesan terhadap prestasi keseluruhan.

“Oleh itu, saya harap sebaik saingan Piala Malaysia bermula, segalanya berada pada tahap terbaik,” katannya di Kuantan, hari ini.