DOLLAH Salleh tidak menyembunyikan perasaan kecewa selepas Sri Pahang FC tewas 2-5 kepada Penang FC pada suku akhir Piala FA, malam tadi.
Katanya, kekalahan itu juga melenyapkan misi skuad Tok Gajah untuk melangkah lebih jauh dalam saingan Piala FA musim ini.
Katanya, kegagalan anak buahnya menyekat tekanan yang diberikan pemain lawan menyebabkan skuad itu tewas.
“Bagi saya hilang fokus dan keletihan antara faktor Sri Pahang tidak dapat beraksi dengan baik.
“Sri Pahang hanya bermain cemerlang pada 40 minit pertama dan selepas itu gagal mengekalkan prestasi hingga membenarkan lawan menjaringkan lima gol,” katanya.
Pada perlawanan itu, dua gol Sri Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Steven Rodriguez dan Azwan Aripin pada minit ke-12 dan 20.
Lima gol Penang pula, masing-masing dijaringkan T Saravanan pada minit ke-45, Hilal Alhelwe (m-86 dan m-99), Lucas espindola (m-96) dan K Thivandaran (m-118).- MUHAMMAD IZZ ZAHIN