Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas skuadnya tewas 0-2, di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC, di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi.
Beliau berkata, kekalahan itu menyebabkan skuad Tok Gajah kekal berada di kedudukan kesembilan dengan mengutip 17 mata daripada 18 perlawanan.
Katanya, pada perlawanan itu, skuadnya tidak beraksi pada tahap terbaik terutama babak kedua yang menyebabkan dua gol dibolosi.
“Pemain melakukan kesilapan mudah manakala jentera serangan tumpul. Saya akur kami tewas kepada KL City dan harap pemain bangkit pada empat baki perlawanan selepas ini,” katanya.
Pada perlawanan itu, dua gol KL City, masing-masing satu dijaringkan Romel Morales pada m-49 dan dan Zhafri Yahya m-70.